Kehidupan awal dan peribadi Chris_Wolstenholme

Christopher Wolstenholme dibesarkan di Rotherham, England sebelum berpindah ke Teignmouth, Devon. Ketika tinggal di sana, beliau bermain dram untuk sebuah kugiran post-punk, sementara Matt Bellamy dan Dominic Howard beraksi bersama band lain. Ketika kedua band berlatih di studio sama, Bellamy dan Howard mendekati Wolstenhome dan bertanya jika dia berminat bermain bes untuk band mereka, Rocket Baby Dolls, yang kemudiannya bertukar nama kepada Muse. Wolstenholme ingin menyertai mereka, namun tidak tahu cara bermain bes. Beliau terus mengambilnya dan belajar sendiri.

Pada tahun 2003, ketika kumpulannya mengugut Nestle, ia menjadi alasan utama di belakang itu, menjadi penentang syarikat yang mempunyai reputasi kurang baik ketika mempromosikan susu serbuk kepada ibu baru di dunia ketiga.[1] Ketika itu, isterinya baru sahaja melahirkan anak ketiganya.

Wolstenholme dan isterinya Kelly berkahwin pada Disember 2003 dan telah dikurniakan 6 anak: Alfie, Ava-Jo, Frankie, Ernie, Buster dan Teddi.[2] Chris dikenali amat rapat dengan keluarganya, menghubungi dua kali sehari ketika sedang menjelajah. Pada akhir April 2010, keluarganya berpindah ke Foxrock, Dublin. Beliau mengatakan keputusan mereka untuk berpindah ke Ireland kerana mereka harus tinggal di bandar besar, dan keinginan untuk menghindari London, England. Di NME Awards 2011, telah disahkan bahawa beliau dan keluarganya berpindah ke London, kerana keinginan kumpulannya yang ingin tinggal di bandar yang sama sepanjang pembikinan album baru. Walaupun tidak tinggal di bandar kelahirannya sejak kecil, beliau ialah peminat setia kelab Rotherham United F.C., di bandar kelahirannya.

Majalah The Times menerbitkan artikel pada musim panas 2010 iaitu Wolstenholme mengakui bahawa beliau ialah pemabuk alkohol[3] dan secara terbuka mengemukakan tentang ketagihannya. Beliau dihantar ke pusat pemulihan semasa rakaman The Resistance. Dalam wawancara dengan Q Magazine, didedahkan apabila beliau minum terlalu banyak, akan muntah darah, namun beliau tidak memahami betapa seriusnya situasi itu. Rakan-rakannya telah cuba berbincang kepadanya namun tidak berjaya. Pada akhirnya, Chris menyedari jika beliau tidak berhenti minum maka hidupnya akan berakhir seperti bapanya yang meninggal dunua akibat terlalu banyak minum arak ketika Chris berusia tujuh belas tahun.[4] Sejak itu, beliau berhenti minum alkohol dan mengatakan bahawa hubungannya dengan keluarga dan rakan-rakannya kembali pulih. Beliau juga memiliki kebiasaan merokok setiap hari. Pada tahun 2010, beliau menghisap cerut. Beliau menyatakan di Twitter bahawa beliau telah berhenti merokok, dengan menggunakan rokok elektronik namun mula merokok lagi. Meskipun demikian, pada Mei 2011, Chris telah berhenti merokok.

Wolstenholme menyandang ijazah kedoktoran seni dari Universiti Plymouth.[5]

Rujukan

WikiPedia: Chris_Wolstenholme http://www.bass-musician-magazine.com/General/bass... http://www.nme.com/news/muse/51185 http://www.ultimate-guitar.com/news/entertainment/... http://board.muse.mu/showthread.php?t=75410 http://board.muse.mu/showthread.php?t=83729 http://isni.org/isni/0000000371917775 http://musewiki.org/State_2008-04-03_%E2%80%93_Mus... http://www.thisisplymouth.co.uk/news/EXCLUSIVE-Uni... https://twitter.com/CTWolstenholme https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut...